fbpx

Peluang beraksi 50-50 – Nur Fariha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FARIHA belum pasti dapat beraksi menentang Pahang Tulips susulan tercedera buku lali kanan ketika melawan KL Wildcats.

FINALIS musim lalu, Johor Jewels mungkin terpaksa beraksi menentang Pahang Tulips pada aksi separuh akhir Netball Super League (NSL) 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara malam esok tanpa Nur Fariha Abdul Razak.

Nur Fariha, 27, terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak bagi mengurangkan impak pada buku lali kanannya yang tercedera ketika menewaskan Kuala Lumpur (KL) Wildcats dalam aksi liga sepusingan baru-baru ini.

Situasi itu mampu menje­jaskan Johor Jewels yang sememang­nya diketahui Fariha adalah nadi kepada penggerak serangan pasukan kerana kemampuannya beraksi di posisi center dan wing attack.

“Masih lagi 50-50 untuk bermain di separuh akhir. Kalau masuk pun mungkin di hujung-hujung permainan untuk dapatkan feel bermain di atas gelanggang.

“Ia bergantung juga kepada situasi perlawanan. Kalau memang tak boleh, biar pemain lain yang turun kerana buat apa saya bermain kalau tiada fungsi.

“Harap semua pemain yang diturunkan dapat bermain de­ngan baik, tak penat dan simpan tenaga supaya kami dapat berikan segala-galanya apabila final nanti,” kata Fariha ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam masa sama, Fariha yang kini bertugas sebagai pengacara sukan, percaya Pahang Tulips bakal turun dengan percaturan berbeza selepas tewas 34-76 kepada Johor Jewels sewaktu saingan minggu pertama.

“Pahang mesti akan tingkatkan permainan mereka dan buat strategi baharu untuk cuba halang kami bawa bola ke bahagian shooter. Kami pelru kekalkan konsistensi untuk mara ke final,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN