fbpx

Pelajar Henry Gurney bukti raih 7A SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 11 pelajar Sekolah Henry Gurney berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM 2021

PETALING JAYA – Pada minggu lalu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah diumumkan dan dapat dilihat pelbagai perkongsian dimuat naik oleh calon-calon yang berjaya dalam peperiksaan tersebut.

Tidak ketinggalan, para pelajar dari Sekolah Henry Gurney juga turut meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh 5A, 6A dan ada calon berjaya mendapat 7A sebagai bukti kesungguhan mereka menuntut ilmu.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Izzati menerusi ciapannya baru-baru ini.

“Budak Sekolah Henry Gurney berjaya dalam SPM mereka,” ciapnya.

Difahamkan, seramai 11 pelajar berjaya meraih keputusan cemerlang tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bangga melihat kejayaan yang dihasilkan kesemua pelajar berkenaan walaupun mereka masing-masing mempunyai sejarah silam ‘hitam’.

“Tahniah, anda semua dah buktikan boleh berjaya dan perolehi keputusan hebat seperti pelajar lain, teruskan usaha untuk lebih berjaya,” ciap seorang pengguna.

Dalam pada itu, ramai mengharapkan agar pelajar-pelajar tersebut diberi peluang kedua untuk mereka buktikan sesuatu yang hebat buat masyarakat dan negara.

“Beri mereka peluang, jangan pinggirkan mereka, mungkin sejarah mereka sebelum ini mampu jadikan mereka lebih hebat dari orang lain, lahirkan pakar-pakar dari generasi seperti ini supaya masyarakat tidak pandang serong pada mereka,” kongsi pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI