fbpx

Lelaki tidak kisah kahwini gadis berat 100 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan ini membuktikan bahawa rupa paras bukan ukuran dalam cinta sejati. - eva.n

HANOI, Vietnam – Seorang lelaki kurus di Vietnam tidak mempedulikan pandangan sinis masyarakat kerana berkahwin dengan seorang gadis yang mempunyai berat badan 100 kilogram, lapor laman berita eva.n semalam.

Dia  jatuh cinta selepas kerap menghantar barang yang dipesan secara online oleh wanita itu.

Duy Quang menempuh detik sukar untuk memikat isterinya, Y Phi yang tidak menunjukkan minat untuk bekenalan.

Menurut Y Phi, kali pertama mereka berjumpa adalah ketika Duy menghantar barang yang dipesan secara online kepadanya di pejabat.

“Pada pertemuan kali kedua, Duy memberanikan diri untuk bertanya sama ada saya sudah mempunyai kekasih dan apabila saya berkata tidak, dia tidak menunggu lama untuk mengajak saya keluar.

“Saya tidak melayan panggilan telefon dan mesejnya  pada awal perkenalan kami kerana tidak yakin dia benar-benar sukakan saya. Namun Duy tidak berputus asa,” kata Y Phi.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada April lalu selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Menurut Y Phi, dia sangat memikirkan keadaan fizikalnya  kerana menganggap tidak secocok dengan Duy yang kurus serta tinggi.

“Duy tidak pernah menyentuh isu penampilan fizikal sepanjang kami bersama dan lebih fokus tentang keserasian antara kami berdua,” ujar Y Phi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI