fbpx

Lee Si-young cipta rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENCAPAIAN Lee Si-young mendaki Gunung Breithorn menjadikannya mencipta rekod menjadi pasukan pendaki wanita terbesar dunia.

KECENDERUNGAN Lee Si-young dalam aktiviti lasak sudah bukan asing buat peminatnya.

Baru-baru ini, Si-young berkongsi beberapa keping gambar dalam Instagram menunjukkan dia sedang mendaki gunung bersama beberapa rakannya.

Perkongsian Si-young berjaya menarik perhatian peminat apabila dia mendaki Gunung Breithorn yang terletak di sempadan antara Switzerland dan Itali, sekali gus mencipta rekod menjadi pasukan pendaki wanita terbesar dunia.

Menurut Pelancongan Switzerland, hampir 80 pendaki wanita dari 25 negara, termasuk Si-young mencipta rekod dunia apabila berjaya mendaki gunung berketinggian 4,164 meter itu.

“Ini satu pengalaman yang sangat bermakna, sekali gus membuktikan wanita juga berani menyahut cabaran besar setanding dengan lelaki. Saya gembira kerana berjaya mencipta rekod dunia ini. Terima kasih untuk semua yang memberi sokongan,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut terutama peminat turut mengucapkan tahniah dan memuji kegigihan wanita tersebut menamatkan misi pendakian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI