fbpx

Kekecewaan kuartet 4x100m terubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri: Haiqal, Arsyad, Azeem dan Zulfiqar memecahkan rekod 4x100m kebangsaan sewaktu meraih pingat perak Sukan SEA Vietnam 2021.

PETALING JAYA – Kekecewaan kuartet 4×100 meter (m) lelaki kebangsaan tidak dihantar mengambil bahagian pada Sukan Komanwel Birmingham 2024 bermula 28 Julai nanti akhirnya terubat.

Ia selepas ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Mohd. Manshahar Abdul Jalil mengesahkan, kuartet 4x100m itu akan menyertai Sukan Perpaduan Islam di Konya, Turki dari 9 hingga 18 Ogos depan.

“Kita tak dapat kumpulkan kuartet asal pada Sukan SEA Vietnam 2021 dalam satu masa yang sama. Sebab itu kita hantar mereka ke Sukan Perpaduan Islam.

“Muhammad Azeem (Fahmi) akan pergi ke Cali, Colombia (Kejohanan Olahraga Remaja Dunia dari 1 hingga 6 Ogos), manakala Muhammad Zulfiqar (Ismail) pula ada AUG (Sukan Universiti ASEAN di Ubon Ratchathani, Thailand dari 26 Julai hingga 6 Ogos).

“Jadi tinggal dua orang sahaja. Kalau mereka ke Sukan Komanwel, saya rasa tidak adil buat dua lagi pelari (Azeem dan Zulfiqar),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

AZEEM akan beraksi pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia yang akan berlangsung dari 1 hingga 6 Ogos depan.

Selain Azeem dan Zulfiqar, dua lagi pelari iaitu Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Arsyad Saat memecahkan rekod 4x100m kebangsaan dengan masa 39.09 saat (s) untuk meraih pingat perak Sukan SEA Vietnam 2022 bulai lalu.

Catatan itu menyaksikan kuartet 4x100m negara berada pada ranking keempat benua Asia di belakang Thailand (38.56s), Korea Selatan (39.03s) dan Arab Saudi (39.04s).

Ia turut mengatasi masa dilakukan kuartet terdahulu diwakili Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 39.37s ketika meraih tempat ketujuh pada final Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Sebagai rekod, selain Azeem, dua lagi wakil Malaysia yang akan beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia nanti ialah Elvin Yap Zhi Xian dan Jonah Chang Anak Rigan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI