fbpx

Jun penuh hangat, Julai bikin bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JUN menjadi bulan yang penuh keterujaan dan ‘kehangatan’. Apakan tidak rata-rata peminat kumpulan rock ikonik legenda negara, Search masih belum dapat move on.

Pada bulan ini sahaja dua konsert Search mengubat rindu buat peminat setia. Dalam tempoh seminggu, pada 4 Jun lalu kumpulan yang mempunyai pengikut di nusantara itu dibarisi Amy (penyanyi), Hillary Ang (gitar), Man Kidal (gitar) dan Nasir Daud (bass) mengadakan Konsert Search Endemik di Zepp Kuala Lumpur.

Selang seminggu, Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Denden (penyanyi) dan Minn (dram) pula beraksi di Konsert Search Rockin’ On Rooftop di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi.

Memetik kata-kata ‘orang lama’, Hassan Babylon (pemain gitar kumpulan Babylon) menyifatkan Search A (konsert di Zepp) done a good job. Namun, Search B (Kompleks Campbell) melakukan tremendous job.

“Kid dan Din datang dengan ‘jahat’ (merujuk kepada persembahan konsert dua beradik itu). Sound Search ada pada Kid dan Din. Kalau ‘baik’ hanya ada rock…. tiada and roll.

“Kid dan Din ini keluar daripada jiwa yang ‘koyak’, jiwa sedih, ditekan, ditindas selama ini,” ujar Hassan yang tidak menidakkan kehebatan Search A.

Demikian impak Konsert Search Rockin’ On Rooftop, sampaikan orang masih berbicara hingga ke hari ini. Kid dan Din tetap teguh walau berdepan pelbagai cabaran untuk merealisasikan konsert tersebut.

Apa-apa pun bagi peminat setia Search, pasti tidak menjangkakan akan melalui suatu zaman di mana kumpulan legenda itu terbahagi dua dengan satunya menggamit nostalgia, manakala satu lagi lebih menyentuh jiwa mat rock 80-an dan bersedia untuk terbang tinggi.

Selain kenangan manis itu, pada bulan ini juga peminat sukan bola sepak Malaysia bagaikan bermimpi apabila pasukan Harimau Malaya menghadiahkan slot pusingan akhir Piala Asia 2023 buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun secara merit.

Malaysia pernah beraksi sekali di pentas sama pada 2007, namun atas kapasiti sebagai tuan rumah.

Syukur kerana seumur hidup penulis sendiri amat berbangga dengan pencapaian ini. Peminat seolah-olah berani bermimpi dengan magis yang dibawakan ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon.

Sekurang-kurangnya ada sedikit kegembiraan buat orang ramai yang hari ini bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Ironinya, Julai ini tidak menjanjikan kesenangan untuk orang ramai, apabila harga barangan meningkat. Mereka berkira-kira untuk mengikat perut. Rakyat mula mengeluh seribu kebimbangan apabila melihatkan pendapatan mereka defisit untuk menampung kos kehidupan seharian.

Kesannya, kehidupan rakyat semakin terkesan, berapa banyak lagi perceraian bakal dicatatkan atau berapa ramai lagi akan mengambil jalan pintas menamatkan hayat sendiri. Seperti meningkatnya kes semasa pandemik Covid-19 mengganas dahulu.

Bukan semua orang boleh menjadi seteguh Kid dan Din. Ibarat lirik lagu Bencana nyanyian Denden, ‘bencana pastikan datang, satu persatu ke sayap dunia.’ -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI