fbpx

Joe Biden umum pelepasan cukai petrol tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden ketika bercakap mengenai harga petrol di White House, kelmarin. – AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan penggantungan sementara selama tiga bulan  cukai petrol dan diesel sebagai sebahagian daripada usaha untuk menurunkan harga bahan api tersebut, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Bercakap di White House kelmarin, Biden menggesa Kongres meluluskan pelepasan 90 hari bagi cukai petrol dan diesel sepanjang musim panas ini yang kebiasaannya sibuk dengan aktiviti pelancongan.

Cukai persekutuan bagi minyak petrol adalah kira-kira AS$0.18 sen (RM0.79) bagi satu gelen (kira-kira 4.5 liter) dan AS$0. 24 sen (RM1.06) satu gelen untuk diesel.

“Saya menyeru syarikat-syarikat minyak untuk menurunkan harga kepada pelanggan susulan pemansuhan  cukai ini. Ini bukan masanya untuk mengaut keuntungan,” kata Biden.

Biden turut menggesa negeri-negeri di AS sama ada menggantung cukai petrol atau mencari kaedah lain untuk menurunkan harga minyak.

Tambah Biden, beliau memahami bahawa pelepasan cukai minyak petrol semata-mata adalah tidak mencukupi dalam menangani isu tersebut.

“Namun, langkah ini dapat memberikan sedikit kelegaan ketika kami berusaha untuk menurunkan harga petrol kepada paras yang munasabah,” katanya.

Biden sebelum ini meminta agar para pemain industri menapis lebih banyak minyak menjadi petrol bagi menurunkan harga bahan api itu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI