fbpx

Wanita kahwini patung dakwa lahirkan ‘anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Moraes memangku ‘anak’ yang dilahirkan hasil perkahwinan dengan anak patung, Marcello. - Jam Press

BRASILIA, Brazil – Seorang wanita di Brazil mendakwa telah melahirkan ‘bayi’ hasil perkahwinannya dengan sebuah patung buatan tangan yang dijahit sendiri oleh ibunya, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Meirivone Rocha Moraes, 37, sebelum ini mengadu kepada ibunya mengenai kesukaran untuk mencari jodoh sebelum dia diperkenalkan dengan Marcelo, sebuah patung kain buruk buatan tangan.

Menurut Moraes, dia jatuh cinta pandang pertama pada Marcelo dan mengambil keputusan untuk berkahwin.

Tidak lama selepas itu, Moraes memaklumkan bahawa dia ‘hamil’ dan telah selamat ‘melahirkan bayi lelaki’ di kediamannya pada 21 Mei lalu.

“Kelahiran anak saya dibantu oleh dua jururawat yang menyaksikan saya mengalami kesakitan kontraksi.

“Saya sangat marah apabila orang menuduh saya mereka-reka cerita sedangkan semua ini benar-benar berlaku,” tegas Moraes.

Dalam pada itu, wanita itu berkata, suaminya adalah pasangan yang sempurna namun hanya memiliki satu kelemahan iaitu malas bekerja.

“Bagaimanapun, dia suami yang dicemburui wanita lain. Dia tidak pernah bertengkar dengan saya, tidak pernah marah, setia dan sangat memahami,” ujar Moraes. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI