fbpx

Mapim lancar tabung untuk mangsa gempa di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Gempa bumi.

Menurut Presidennya, Mohd.Azmi Abdul Hamid, tabung tersebut diwujudkan dengan kerjasama Kedutaan Afghanistan di Kuala Lumpur.

“Bencana pada 22 Jun lalu meragut lebih 1,000 nyawa serta mengakibatkan ribuan lagi cedera memerlukan bantuan sesegera mungkin.

“Mapim menjemput Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kemanusiaan di Malaysia untuk bersama dalam usaha bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan dalam masa terdekat,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Azmi berkata, rancangan misi kemanusiaan untuk bergerak ke lokasi gempa akan dibincangkan dalam masa terdekat.

Katanya lagi, Mapim sedia bersama mana-mana NGO di peringkat nasional dan antarabangsa untuk berkordinasi menyampai kan bantuan kecemasan ke Afghanistan dengan kadar segera.

“Fokus utama sekarang ini adalah tempat tinggal, makanan, air bersih serta rawatan perubatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI