fbpx

Manchester United tambah gelisah penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG pikul tugas besar kembalikan reputasi United.

BERBAKI kurang 10 hari sahaja lagi untuk berakhirnya bulan Jun, Manchester United terus ‘berhibernasi’ dalam pasaran perpindahan apabila masih belum membuat sebarang pembelian serta menjual pemain mereka.

Ketika pelantikan pengurus baharu, Erik Ten Hag seakan memberi nafas baharu yang dirundung kecewa ekoran aksi buruk sepanjang musim lalu, situasi pada jendela perpindahan kali ini mengundang resah sekali lagi buat para peminat mereka.

Seteru utama, Manchester City berjaya menambah kekuatan selepas mendapatkan khidmat penggempur paling menjadi rebutan, Erling Haaland, manakala Liverpool pula menambah malu United apabila menyelesaikan urusan menandatangani Darwin Nunez yang kuat dikaitkan ke Old Trafford sebelum ini.

Selepas gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara dan sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam musim lalu, United seharusnya bergerak lebih pantas untuk memperkuatkan pasukan mereka yang jelas memerlukan keajaiban sekiranya mahu kembali berada di kelompok empat pasukan terbaik.

Bagaimanapun, kegagalan untuk layak ke saingan pentas Eropah dan kemarau sebarang gelaran sejak 2017 juga dianggap sebagai penyebab United berdepan kesukaran untuk memujuk pemain baharu menyertai mereka biarpun memiliki satu lagi opsyen, kuasa wang.

Berdasarkan kajian, sejak 2012 United telah membelanjakan sekitar £1.3 bilion (RM7.19 bilion) untuk membeli pemain.

Sepanjang tempoh 2012 hingga kini, United hanya berjaya meraih satu gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga Inggeris dan Liga Eropa menyebabkan pelaburan mereka tidak berbaloi, malah menjadi pasukan yang paling banyak menanggung kerugian.

Menurut beberapa sumber, kegagalan ketika membuat pelaburan lalu mungkin mengajar United untuk lebih berhati-hati dalam membelanjakan kewangan menyebabkan kali ini mereka benar-benar mahu mendapatkan pemain yang sesuai serta memberikan impak.

United dikatakan tidak lagi sewenang-wenangnya untuk mendapatkan pemain sebaliknya pihak pengurus hanya fokus untuk mendapatkan pemain-pemain yang disenarai dan diperlukan oleh Ten Hag sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif United, Richard Arnold dalam satu rakaman video yang terdedah kepada umum ketika membuat pertemuan dengan penyokong United mengakui bahawa pasukan itu tidak berdepan masalah kewangan sebaliknya isu utama adalah untuk meyakinkan pemain-pemain bagi menyertai United.

Berdasarkan pengalaman lalu, mereka mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan pemain baharu, namun gagal memberikan impak kepada pasukan itu sebagai contoh, Anthony Martial.

Sejak 2018 lagi, United sudah bersedia untuk menjual Martial, namun mereka tidak mendapat sebarang tawaran.

Apa yang jelas, Ten Hag perlu mencari ramai pemain di bahagian tengah selepas kehilangan Paul Pogba, Nemanja Matic, Jesse Lingard dan Juan Mata, selain perlu serius mendapatkan penyerang tulen selepas sekadar meledak 57 gol sepanjang aksi liga musim lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI