fbpx

Lelaki tempatan diberkas seleweng 400 liter minyak diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa memeriksa tangki simpanan di atas sebuah lori yang dipercayai mengandungi diesel yang diselewengkan di Taman Permai Jaya, Bukit Mertajam.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki tempatan ditahan bersama kira-kira 400 liter minyak diesel yang dipercayai diseleweng menggunakan sebuah lori di Taman Permai Jaya, Bukit Mertajam di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, A. Mogan berkata, serbuan kira-kira pukul 6.30 petang semalam itu dibuat hasil daripada maklumat awam.

Menurut Mogan, turut dirampas dalam serbuan itu adalah dua tangki simpanan berkapasiti 2,000 liter serta satu unit motor pam yang digunakan untuk menjalankan kerja penyelewengan berkenaan.

“Lori jenis ‘bonded’ berjenama Daihatsu itu turut disita dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM22,160,” katanya kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sehubungan itu katanya, KPDNHEP mengingatkan bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi tanpa kompromi. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI