fbpx

Kerap muntah rupanya sakit kanser hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROHAIDA (duduk) terpaksa mengharap ihsan suaminya, Mohd. Akimin untuk bergerak selepas disahkan menghidap kanser hati tahap empat sejak seminggu lalu.

TANAH MERAH – Ibu kepada dua anak berusia 32 tahun tidak menyangka dirinya yang mudah letih, sering mengalami sesak nafas dan kerap muntah rupanya menghidap kanser hati tahap empat.

Rohaida Abdullah berkata, dia disahkan menghidap penyakit tersebut selepas menerima rawatan di Hospital Tanah Merah kira-kira seminggu lalu dan kini kehidupannya banyak di atas kerusi roda kerana tidak boleh bergerak.

“Tidur juga kini di atas kerusi roda kerana akan mengalami sesak nafas yang teruk sekiranya baring. Pergerakan juga terbatas apabila tidak dapat berjalan ke­rana kaki bengkak akibat lebihan air pada kaki.

“Saya tidak menyangka pe­nyakit ini terus berada pada tahap empat. Keadaan ketika ini menyebabkan saya tidak berupaya ke tandas dan hanya bergantung kepada lampin pakai buang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Bukit, Gual Ipoh di sini, kelmarin.

Dengan keadaan dirinya yang tidak mampu menguruskan diri, Rohaida risau dengan nasib dua anaknya berusia empat dan lapan tahun yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Katanya, penyakitnya yang memerlukan belanja tinggi menyebabkan dia dan suami Mohd. Akimin Shafie, 42, terpaksa mencatu perbelanjaan keluarga.

Katanya, ia kerana suaminya hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan bulanan RM300 sebulan.

“Selain pendapatan suami, saya juga menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150. Jumlah itu masih tidak mencukupi kerana kami perlu membeli lampin pakai buang yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM300 sebulan.

“Keadaan itu sudah pastinya membebankan suami sehingga ada kalanya dia terpaksa berhutang dengan majikan, adik-beradik dan jiran,” luahnya.

Kata Rohaida, suaminya perlu menanggung anak-anak dan kini dirinya yang sedang sakit sedang­kan perbelanjaan hanya sekadar cukup makan sahaja.

Prihatin dengan keadaan Rohaida, wakil Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELLS), Rosni Ismail telah membantu ­menyumbangkan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan wanita itu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh me­nyalurkan sumbangan ke aka­un Bank Simpanan Nasional atas nama Rohaida Abdullah, 0301241000023886 atau hubu­nginya di talian 017-343 7292.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI