fbpx

Kerajaan komited pastikan bekalan ayam, telur kekal stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hamzah (kiri) ketika lawatan di gerai jualan buah di Penang FAMA Fest 2022 di Seberang Perai di sini hari ini. FOTO: IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) komited dalam usaha memastikan pengeluaran ayam termasuk telur bagi kegunaan domestik kekal stabil dengan mempergiat pengeluaran ayam di peringkat ladang secara keseluruhannya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, menurut Tahap Sara Diri (SSL) untuk komoditi ayam pada minggu pertama dan kedua bulan Jun tahun ini menunjukkan bahawa pengeluaran ayam adalah mencukupi dan stabil.

“Menurut SSL, pengeluaran ayam sudah melebihi kira-kira 104 ke 105 peratus atau sebanyak 64 juta tan metrik banding dengan keperluan iaitu sebanyak 54 juta tan metrik pada minggu pertama dan kedua bulan ini.

“Justeru, pada ketika ini situasi tersebut sudah kembali seperti biasa iaitu dengan menyaksikan peningkatan SSL dari segi pengeluaran ayam seterusnya menjangkakan bekalan bahan mentah tersebut akan mencukupi bermula bulan depan,” katanya kepada pemberita pada program Jualan Penang Fama Fest 2022 di sini hari ini.

Katanya, kerajaan juga turut mengambil langkah iaitu dengan memberi peruntukan sebanyak RM62.5 juta kepada MAFI melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam usaha memastikan industri ayam dan telur terus kekal dan beroperasi dalam skala penuh bagi memenuhi keperluan tempatan.

“Justeru, langkah yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini juga adalah bertujuan untuk menstabilkan (harga ayam termasuk telur) selain kita (kerajaan) juga turut mengimport bekalan ayam daripada luar negara.

“Malah, pada masa sama kerajaan juga komited untuk meningkatkan simpanan bekalan ayam secara berterusan dan memastikan rakyat dapat membeli ayam dan telur dengan harga yang berpatutan,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI