PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan dikeluarkan pada 30 Jun ini.
KPM menerusi satu kenyataan hari ini berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi hari berkenaan.
Menurutnya, bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada 30 Jun ini.
“Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu semakan secara dalam talian dan sistem pesanan ringkas (SMS).
“Bagi semakan secara dalam talian, ia boleh dilakukan menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga pukul 6 petang pada 6 Julai 2022.
“Bagi semakan menerusi SMS pula, boleh mendapatkan rumusan keputusan STAM 2021 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888,” katanya.
Katanya, sistem semakan keputusan peperiksaan ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga pukul 6 petang pada 6 Julai 2022.- KOSMO! ONLINE