fbpx

Jazlan bermulut laser – Mahadzir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (dua tiga kanan) memotong riben perasmian Kompleks Industri Felcra Processing & Engineering Sdn. Bhd. di Changkat Jong, di sini hari ini.

TELUK INTAN – Tindakan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sebagai tidak wajar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Jazlan sepatutnya menggunakan saluran yang betul di dalam parti untuk mengkritik serta menegur Ismail yang juga Naib Presiden Umno.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, turut menyifatkan Jazlan sebagai individu bermulut celupar dan berasa sedih terhadap tindakan bekas Ahli Parlimen Pulai tersebut.

“Dia (Jazlan) memang macam itu, mulut laser. Sebagai seorang yang pernah menjadi Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen dia tidak sepatutnya membuat teguran seumpama itu. Cari saluran dalam parti dan cakap.

“Saya rasa sedih, kita sedang kumpul kekuatan untuk pergi kepada Pilihan Raya Umum (PRU) dan tak payah ada komen seumpama itu,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Kompleks Industri Felcra Processing & Engineering Sdn. Bhd. di Changkat Jong, di sini hari ini.

Terdahulu portal media melaporkan kelewatan Ismail Sabri membuat keputusan mengenai jawatan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam kabinet disifatkan sebagai lemah.

Jazlan turut mengatakan tidak ada di dalam sejarah negara di mana terdapat seorang perdana menteri Umno selemah itu hingga tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI