fbpx

GeoHASiL mudahkan urusan pelaksanaan, pematuhan cukai HASiL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM , Datuk Mohd Nizom Sairi (tengah) melancarkan aplikasi GeoHASiL di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melancarkan aplikasi GeoHASiL bagi memantapkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM , Datuk Mohd Nizom Sairi berkata, aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh LHDNM itu merupakan inisiatif baharu dalam memudahkan pegawainya menjalankan tugas risikan, pengesanan, penguatkuasaan dan pendidikan cukai sekali gus membantu LHDNM melaksanakan peranannya sebagai pentadbir cukai langsung negara.

“Dengan adanya aplikasi GeoHASiL ini, kaedah Lawatan Banci Bisnes (LBB) yang dilaksanakan secara manual sebelum ini akan dapat dilaksanakan secara digital dan dalam talian di mana pemetaan premis perniagaan di sesebuah lokaliti akan mengguna pakai aplikasi google maps.

“Di samping itu, jejak sistem kedudukan global (GPS) telah diwujudkan bagi membolehkan pengguna melihat kedudukan semasa dan maklumat yang diperolehi boleh disimpan untuk dianalisis serta diguna pakai pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, satu majlis pelancaran aplikasi telah diadakan bersempena Program Lawatan Konsultasi Hasil (LKH) dan Program Keluarga Hasil dan Komuniti (HATI) yang merupakan antara pendekatan murni LHDNM turun padang bagi mendekati rakyat berkaitan hal ehwal percukaian.

Mohd Nizom berkata, penggunaan aplikasi GeoHASiL juga dapat memudahkan cara kerja LHDNM kepada cara lebih moden dan terkini berdasarkan kepada ketepatan data yang diperolehi.

“Aplikasi yang boleh diakses pada bila-bila masa ini juga menyokong elemen penjimatan masa dan pengumpulan pelbagai data yang boleh dipercayai.

“Dengan semua kelebihan yang ada pada aplikasi ini, ia diyakini mampu membantu LHDNM memberikan perkhidmatan percukaian yang terbaik kepada rakyat dan negara,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI