fbpx

Gagal seludup PATI warga Myanmar guna feri penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Romli (dua dari kiri) menunjukkan gambar tekong darat dan PATI yang ditahan dalam Ops Moon pada kelmarin dan Sabtu lalu.

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki tempatan disyaki tekong darat menyeludup tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menggunakan feri penumpang di sini.

Kesemua mereka ditahan dalam tiga tangkapan berasingan menerusi Ops Moon yang dilancarkan APMM dengan kerjasama Jabatan Laut Langkawi pada kelmarin dan Sabtu lalu.

Pengarah APMM Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, serbuan dan tangkapan dilakukan susulan intipan dan risikan berhubung pergerakan PATI yang disyaki diuruskan warga tempatan di pulau ini.

Katanya, pihaknya menahan dan memeriksa sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Terminal Feri Penumpang Kuah di sini ke Terminal Feri Kuala Kedah di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut Pulau Dayang Bunting dekat sini kira-kira pukul 4.40 petang, Sabtu lalu.

“Hasil pemeriksaan ke atas feri tersebut menemui tujuh lelaki Myanmar berusia lingkungan 20-an hingga 40-an yang didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.

“Siasatan awal mendapati mereka dihantar oleh seorang lelaki tempatan disyaki tekong darat ke terminal feri di sini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis di Jalan Bukit Malut di sini hari ini.

Kata Romli, hasil koordinasi maklumat tangkapan di laut, pasukan operasi darat berjaya mengesan dan menahan seorang suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun ketika sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza keluar dari kawasan terminal feri di sini.

“Seterusnya pada kira-kira pukul 1.30 petang, Selasa lalu, seorang lagi lelaki tempatan berusia 26 tahun datang ke pejabat APMM di sini dipercayai cuba memberi suapan kepada pegawai APMM bagi melepaskan lapan suspek yang ditahan sebelum ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI