fbpx

Che’ Puan Besar Khaleeda mohon kematian Baby Syifaa disiasat semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che' Puan Besar Khaleeda

JOHOR BAHRU – Isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa kerajaan untuk menyiasat semula kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan, ketika dalam jagaan di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan, Februari lalu.

Khaleeda menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan pendapat yang mengatakan kecederaan bayi itu berpunca akibat terjerut tali buaian adalah tidak masuk akal.

“Bagi saya tidak masuk akal Baby Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Baginda turut menulis tanda pagar #justiceforbabysyifaa dan turut menandakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Khaleeda kemudian turut berkongsi hantaran bapa bayi berkenaan iaitu Yuseri Yusoff pada 24 Mac lalu dan mempersoalkan bagaimana seseorang boleh melakukan tindakan sebegitu kepada seorang bayi yang tidak berdaya.

“How can someone do this to a helpless child. You need to reinvestigate this case,” tulisnya lagi dengan turut menandakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, malam tadi, sekali lagi Che’ Puan Besar Khaleeda membuat hantaran merujuk kes berkenaan dengan persoalan mengenai kesan kecederaan dialami bayi terbabit.

Pada 23 Februari lalu, media melaporkan mengenai bayi berkenaan yang disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang, 22 Februari lalu selepas dibawa pengasuhnya ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk rawatan.

Menurut siasatan awal polis, pengasuh mendakwa mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepala terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badan berada di dalam buaian.

Hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pula merumuskan tekanan pada leher menjadi punca kematian bayi berkenaan.

Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian bayi perempuan itu ditetapkan semula pada 29 Jun ini di Mahkamah Koroner Seremban.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI