JIKA sudah namanya seorang bapa, pasti akan ada pesanan berharga buat anak tersayang.
Situasi tersebut yang dilalui pelakon tampan, Fattah Amin menerusi perkongsian dalam sebuah video sempena sambutan Hari Bapa tahun ini.
“Dalam hubungan suami isteri, jangan curang dengan pasangan sebab apa sahaja perkara buruk yang dilakukan akan dibalas semula oleh Allah S.W.T,” katanya.
Namun, siapa sangka, pesanan tersebut meraih jutaan perhatian dan menyentuh hati ramai netizen sehingga masing-masing meluahkan rasa sebak dan kagum dengan cara Fattah menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.
“Alhamdulillah Fazura dapat seorang suami yang bagus seperti Fattah. Cantik aturan Allah untuk mereka,” komen netizen.
“Betul, jangan sesekali sia-siakan seorang isteri. Terima kasih untuk pesanan berharga tersebut Fattah,” kata seorang lagi netizen.
Dapat suami dilahirkan daripada keluarga yang baik-baik pun satu rezeki juga. Semoga berkekalan Fattah dan Fazura.
MIZZ LAHAR: Memang puas dapat menonton konsert U.K’s baru-baru ini. Terimbau semua memori lama dengan lagu-lagu mereka.