fbpx

1,700 guru dijangka sertai program pembelajaran kreatif Faber-Castell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andrew pada pelancaran Program Pembelajaran Kreatif Oleh Score A Edisi Guru secara maya hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 1,700 guru dan 200,000 pelajar dijangka terlibat dalam fasa pertama Program Pembelajaran Kreatif Oleh Score A Edisi Guru anjuran Faber-Castell bermula Jun sehingga Disember 2022.

Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Andrew Woon berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Faber-Castell itu bertujuan meningkatkan teknik pengajaran guru dan proses pembelajaran kepada pelajar.

“Melalui program ini, guru didedahkan kepada pelbagai teknik pembelajaran kreatif untuk membimbing dan memberi motivasi kepada pelajar tentang keseronokan belajar.

“Program ini direka selaras dengan tagline syarikat ‘teman sepanjang hayat’ yang menyasarkan untuk menggalak dan memupuk kreativiti di semua peringkat umur tanpa batasan,” katanya pada pelancaran Program Pembelajaran Kreatif Oleh Score A Edisi Guru secara maya.

Andrew berkata, antara teknik kreatif dalam Program Pembelajaran Kreatif Oleh Score A Edisi Guru termasuk “river-flow note-taking” iaitu kaedah mengambil nota secara kreatif semasa proses pembelajaran dengan aliran kronologi.

Tambah beliau, teknik lain adalah “association technique” iaitu memecahkan informasi kepada butiran kecil dan menggunakan deria rangsangan seperti kaitan visual, lisan dan fizikal untuk menghubungkan butiran informasi tersebut.

“Guru akan dilengkapi dengan buku panduan yang menerangkan tentang teknik-teknik dan aktiviti-akitivti yang digunakan agar berguna untuk jangka masa yang lama,” jelasnya.

Kata beliau, Program Pembelajaran Kreatif Oleh Score A Edisi Guru disokong Kementerian Pendidikan Malaysia dan enam Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor serta Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI