fbpx

Zuraida masih hadir program rasmi kementeriannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Zuraida Kamaruddin.

PUTRAJAYA – Setakat hari ini, Datuk Zuraida Kamaruddin masih kekal sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta masih menjalankan tugas rasmi di kementeriannya itu.

Ini dibuktikan dengan pengesahan kehadiran Ahli Parlimen Ampang itu pada satu program rasmi kementeriannya di Sabah malam ini.

Mengikut jadual rasmi dikongsi Unit Komunikasi Korporat (UKK) kementerian berkenaan, Zuraida akan menghadiri Majlis Anugerah Industri Koko Malaysia (AIKM) 2022 anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM) di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Difahamkan, Zuraida berlepas ke Sabah selepas menghadiri mesyuarat Kabinet pagi tadi.

Terdahulu, Zuraida dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah pukul 9.25 pagi tadi.

Bagaimanapun, usaha wartawan yang menunggu sejak 9 pagi bagi mendapatkan penjelasan Zuraida mengenai perkara itu gagal apabila kenderaan yang membawa beliau dipercayai keluar menerusi pintu lain selepas menyuarat Kabinet tamat, tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI