fbpx

Siasat pengambilan pekerja asing Bangladesh – IKHLAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa diminta untuk menyiasat isu membabitkan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh yang didapati mempunyai unsur penyelewangan dan salah guna kuasa.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, siasatan perlu dilakukan memandangkan kenyataan bercanggah dikeluarkan kerajaan dan Bangladesh membabitkan pemilihan 25 agensi merekrut pekerja asing.

“Jadi, kita minta polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara ini sedalam-dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kebajikan Usahawan dan Pekerjaan Luar Negeri Bangladesh, Imran Ahmad yang menafikan penetapan kuota 25 agensi tersebut.

Bahkan, menteri berkenaan turut menegaskan bahawa Bangladesh tidak pernah bersetuju atau mengehadkan kuota agensi merekrut pekerja tersebut.

Mengulas lanjut, katanya, tiada keperluan untuk membawa masuk sehingga 500,000 lagi warga Bangladesh memandangkan sudah terdapat kira-kira tiga juta rakyat negara tersebut di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI