fbpx

Sadio Mane bakal beri impak di Bayern, Munich, Bundesliga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mane dijadual menjalani ujian perubatan bersama Bayern dan diperkenalkan secara rasmi hari ini. – AFP

BERLIN – Bekas bintang Ba­yern Munich, Lothar Matthaus melabel Sadio Mane sebagai pemain sayap berkelas dunia dan percaya kehadirannya bakal menghadirkan impak positif bukan sahaja untuk kelab itu, tetapi saingan Bundesliga secara ke­seluruhan.

Mane yang menyertai Bayern Munich dengan nilai £35.1 juta (RM189.5 juta) dijadual menjalani ujian perubatan dan dijangka akan diperkenalkan secara rasmi hari ini.

“Kejayaan mendapatkan Sa­dio Mane adalah sesuatu yang hebat, bukan saja buat Bayern Munich, tetapi kepada Bundesliga juga. Dengan adanya pemain hebat di saingan ini, ia pasti akan menjanjikan sesuatu kepada Bundesliga.

“Mane adalah pemain berkua­liti dan mampu menghadirkan perbezaan. Di Liverpool, Mane mampu menghasilkan gol, selain turut berkemampuan sebagai pencetus jaringan dan sejak kebelakangan ini, pencapaiannya itu sukar untuk ditandingi oleh pemain lain,” katanya.

Namun, bekas penyerang Li­verpool, Dean Saunders sebelum ini berkata, Mane hanya mensia-siakan tempoh kariernya selama dua tahun kerana membuat keputusan menyertai Bayern kerana kurangnya cabaran di Bundesliga.

“Ia bukan cabaran, Mane akan memulakan aksinya di Bayern dengan ‘gear tiga’. Dia merisikokan tempoh dua tahun hidupnya sebagai pemain bola sepak.

“Saya tidak berniat untuk menentang Bayern dan mereka adalah kelab yang hebat. Dia akan dapat menjaringkan gol dan mereka akan menang 5-0 setiap minggu. Hanya satu pasukan yang mampu memenangi liga ini,” jelas Saunders. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI