fbpx

Ramai penduduk berhijrah punca Terengganu kurang penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin .

KUALA TERENGGANU – Penghijrahan penduduk atas alasan ekonomi faktor Terengganu kekal antara negeri kurang penduduk di negara ini walaupun kadar kelahirannya tertinggi.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kadar kelahiran di Terengganu pula ialah 2.9 anak bagi setiap pasangan berbanding 1.9 anak di peringkat nasional.

“Begitu pun, Terengganu antara lima negeri paling kurang penduduk dengan 1.149 juta iaitu kurang tiga peratus dari keseluruhan rakyat negara ini.

“Antara puncanya kemungkinan ramai rakyat negeri ini berhijrah ke negeri-negeri lain terutama Lembah Klang untuk mencari rezeki,” katanya ketika ditemui pada Siri Jelajah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) peringkat Terengganu di sini hari ini

Mohd. Uzir berkata, berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang mendapati hampir 15,500 rumah tidak berpenghuni di negeri tersebut merupakan rumah persinggahan.

Jelas beliau, kebanyakan rumah tersebut milik anak kelahiran Terengganu yang menetap di negeri-negeri lain atas faktor pekerjaan.

“Mereka akan pulang sekali-sekala ke rumah persinggahan di Terengganu apabila cuti selain merancang untuk menetap di kediaman tersebut apabila bersara kelak,” katanya.

Mohd. Uzir berkata, isu penghijrahan penduduk ke negeri lain boleh dikurangkan sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi Terengganu dapat ditingkatkan pada masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI