fbpx

Pembantu kedai dipenjara, denda RM5,000 hina Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembantu kedai runcit (tiga dari kanan) dipenjara setahun dan denda RM5,000 atas kesalahan menghina Raja Perlis di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.

KANGAR – Seorang pembantu kedai runcit terpaksa meringkuk di penjara selama setahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghina Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 22 Mac lalu.

Hakim Musyiri Peet turut mengenakan hukuman denda RM5,000 ke atas tertuduh, Muhamad Basri Shah Rohani, 31, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Facebook menggunakan nama Basri Shah dengan kata-kata menghasut di sebuah hotel di sini kira-kira pukul 1.45 petang, 22 Mac lalu.

Hantaran tersebut mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Tuanku Syed Sirajuddin dengan pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tiga melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI