fbpx

Mohamed Salah berdepan masalah kecergasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH berdepan isu kecederaan betis yang berpanjangan sehingga mengganggu tahap kecergasannya ketika ini. – AFP

LIVERPOOL – Kecergasan bintang Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan tidak berada pada tahap terbaik menjelang aksi pramusim yang dijadualkan bermula dalam tempoh dua minggu lagi.

Perkara itu disahkan doktor skuad kebangsaan Mesir, Mohamed Abou El Ela selepas Salah membantu pasukan itu pada aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menentang Guinea yang berlangsung 6 Jun lalu.

El Ela mendedahkan, penja­ring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu me­ngalami kecederaan betis sejak perlawanan akhir Piala FA menentang Chelsea bulan lalu.

“Kecederaan Salah sudah berlaku sejak perlawanan akhir Piala FA sebelum ini sehingga dia terpaksa dikeluarkan. Selain itu, dia juga terpaksa bermain menentang Wolverhampton Wanderers serta aksi final Liga Juara-Juara.

“Ketika Salah pulang menyer­tai pasukan negara, Liverpool sudah menjelaskan kepada kami bahawa dia mengalami rasa sakit pada bahagian betis dan perlu menjalani ujian imbasan kerana tidak cergas. Kami juga tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan Salah dalam dua perlawanan berturut-turut,” katanya.

Justeru, Mesir hanya dapat menggunakan khidmat Salah ketika menang 1-0 ke atas Guinea, manakala dia tidak berada dalam pasukan ketika tewas 0-2 kepada Ethiopia tiga hari kemudian.

Bagaimanapun, Salah dijangka cergas sepenuhnya sebelum kembali menyertai skuad Liverpool yang akan mengharungi aksi pramusim memandangkan sudah diberikan rehat secukupnya selepas bertemu Guinea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI