fbpx

Kaki budak kritikal tertelan dadah sudah mula bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang kritikal akibat diberi dadah methamphetamine kini ditidurkan di ICU kanak-kanak, HRPZ II, Kota Bharu sejak semalam. - FOTO IHSAN KELUARGA

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditidurkan akibat kritikal di unit rawatan rapi (ICU) kanak-kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini selepas tertelan dadah jenis methamphetamine sudah boleh mengerakkan kedua-dua belah kakinya malam tadi.

Ibu mangsa yang berusia 36 tahun berkata, dia lega apabila anak bongsu daripada tiga beradik itu sudah menunjukkan perkembangan positif sejak dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu.

Katanya, bagaimanapun, dia masih menunggu pergerakan tangan dan berharap anaknya itu mampu membuka mata.

“Meskipun sudah ada perkembangan, saya tetap bimbang kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Selagi anak saya tidak membuka mata, saya tetap tidak senang duduk dan berharap orang ramai tetap mendoakan agar dia dapat sembuh seperti sediakala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, dia mengetahui keadaan anaknya itu kerana sering memantau dan menjenguk kanak-kanak tersebut setiap hari apabila dibenarkan oleh pihak hospital.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI