fbpx

Ibu tunggal tidak kisah kahwin dengan pembunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kekasih ini bertemu menerusi program rakan pena dan tidak pernah berjumpa secara bersemuka. - PA Real Life

LONDON – Seorang ibu tunggal di Britain mendedahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang banduan jenayah bunuh yang tidak pernah ditemui dan hanya saling mengenali menerusi program rakan pena, lapor akhbar The Sun, semalam.

Laura O’Sullivan, tidak pernah bersemuka dengan Terrel Ravon Reese namun yakin lelaki yang berada di Amerika Syarikat (AS) itu adalah jodohnya.

Meskipun Reese kini sedang menjalani hukuman penjara 20 hingga 40 tahun kerana bersubahat dalam jenayah bunuh pada 2009, namun ia tidak mengubah perasaan O’Sullivan terhadapnya.

“Kejadian itu berlaku ketika Reese berusia 18 tahun. Dia muda, mentah serta berada di lokasi dan masa yang salah.

“Namun bukan dia yang menarik picu pistol dan membunuh mangsa. Dia juga telah menghabiskan separuh daripada kehidupannya dalam penjara kerana kesalahan itu,” ujar O’Sullivan.

Tambahnya, Reese juga sudah menyesal dengan perbuatannya dan banyak bermuhasabah diri semasa di dalam penjara bagi memperbaiki dirinya.

Ibu kepada seorang anak itu juga berharap untuk terbang ke AS bagi bertemu bakal suaminya sebaik sahaja semua dokumen diperlukan siap dan berkahwin dengan Reese pada tahun depan di Kemudahan Pembetulan Ernest Brooks.

Namun, sebelum perkara itu terlaksana, kedua-duanya saling bercakap setiap hari di telefon, bertukar surat dan juga telah memutuskan untuk mencacah tatu bertulis nama masing-masing pada lengan mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI