fbpx

Hospital jadi rumah kedua Aydin Malique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SHAHIRA memangku Aydin Malique (kiri) yang menderita usus pendek dan kembarnya Aydan Malique (kanan).

PETALING JAYA – Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan yang menghidap short bowel syndrome atau usus pendek ‘terpaksa’ menjadikan wad di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur sebagai rumah keduanya sejak dilahirkan pada 12 Jun tahun lalu.

Aydin Malique Mohamad Iqbal Adib dan pasangan kembarnya Aydan Malique lahir ketika berusia 32 ming­gu di Hospital Sela­yang sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU).

Ibu bayi tersebut, Nur Shahira Anisha Muhamad Zuber, 23, berkata, bagaimanapun Aydin Malique terpaksa dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur selepas menghadapi masalah usus.

“Kedua-dua mereka dikesan buang air besar berdarah sewaktu di NICU, namun hanya Aydin Malique yang teruk.

“Dia menjalani tiga pembedahan pada Jun dan Julai tahun lalu bagi membuang usus yang rosak akibat dijangkiti kuman selain memasang alat khas yang disambung di perut dan dada,” katanya.

Tambah Nur Shahira, sejak itu Aydin Malique terpaksa ‘berumah’ di hospital, manakala abangnya dijaga oleh mentuanya.

“Alhamdulillah sejak puasa lalu, dia dibenarkan pulang ke rumah setiap Ahad, namun perlu tinggal di hospital antara Isnin hingga Sabtu,” ujarnya.

Tambahnya, dia terpaksa berhenti kerja sebagai kerani di sebuah kilang dan kini bergantung kepada pendapatan suaminya, sebagai penghantar barangan.

“Ketika ini anak saya menggunakan mesin susu daripada pihak hospital, manakala untuk mesin perkhidmatan nutrisi parenteral (TPN) pula, kami menggunakan mesin milik seorang bayi yang sudah meninggal dunia.

“Alat ini agak mahal kira-kira RM4,000 untuk mesin susu dan RM4,000 untuk TPN serta ada tarikh luput. Kos yang diperlukan untuk barangan anak kira-kira RM500 sebulan,” katanya.

Mereka yang ingin me­nyumbang boleh melalui nombor akaun 7614246369 (CIMB) Nur Shahira Anisha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI