fbpx

Guru, tenaga pengajar sambut baik cuti Sabtu, Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Cadangan kerajaan negeri untuk mengkaji semula cuti minggu yang ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu pada ketika ini mendapat reaksi positif daripada golongan guru dan tenaga pengajar di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh berkata, usul penukaran cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad seperti sebelum ini perlu mengambil kira pelbagai aspek dan dikaji semula sebelum ia dilaksanakan.

Beliau berkata, sekiranya ia dilaksanakan, pertukaran cuti hujung minggu itu seeloknya dibuat pada tahun hadapan kerana khuatir mengganggu takwim persekolahan pada tahun ini.

Norlizah Noh

“Di peringkat pendidikan, majoriti guru daripada 44,920 guru di sekolah rendah dan menengah menyambut baik cadangan itu untuk mengkaji semula cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu yang dilaksanakan ketika ini.

“Sekiranya berlaku perubahan, kita berharap ia tidak dilaksanakan pada tahun ini kerana takwim persekolahan sudah diatur sehingga Disember ini. Sebarang pertukaran pada tahun ini hanya akan menyukarkan pelbagai pihak,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI