fbpx

Buli : 4 pelajar jalani khidmat masyarakat 160 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
4 pelajar senior sebuah sekolah menengah di sini diperintah menjalani khidmat masyakat sebanyak 160 jam oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan pelajar tingkatan satu. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Empat pelajar lelaki senior sebuah sekolah menengah di daerah ini diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Seremban untuk menjalani perintah khidmat masyarakat selama 160 jam selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar tingkatan satu sekolah sama, Mei lalu.

Majistret Intan Syafinaz Roslin menjatuhkan hukuman itu terhadap empat remaja tersebut yang berusia 15 dan 16 tahun setelah meneliti laporan akhlak dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai Pendakwa, Asisten Superitendan M.Shanmugavel berkata, mereka perlu menyelesaikan perintah khidmat masyarakat sebanyak 160 jam itu dalam tempoh enam bulan.

“Selain itu, mereka turut dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun bercagaran RM2,000.

“Mahkamah turut menetapkan supaya remaja terbabit menghadiri sesi kaunseling dan bengkel interaktif yang turut disertai ibu bapa dan penjaga dalam tempoh yang ditentukan JKM,” katanya ketika di luar mahkamah hari ini.

Pada 23 Mei lalu, kesemua remaja berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dengan cara memukulnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI