fbpx

20 bekas pelajar sekolah dituduh pukul rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian bekas pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Merbok dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan mencederakan rakan sekolah, dua tahun lalu.

SUNGAI PETANI – Seramai 20 bekas pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Merbok dekat sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelajar sekolah sama, dua tahun lalu.

Kesemua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Nadhirah Abdul Rahim.

Nadhirah menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman ke atas semua tertuduh.

Prosiding berlangsung secara tertutup selepas peguam, Nurliyana Mohd. Radzi yang mewakili semua tertuduh membuat permohonan kepada Nadhirah supaya tidak membenarkan wartawan membuat liputan di dalam kamar mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, seramai 10 pelajar tingkatan lima didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan cara memukul mangsa yang kini berusia 18 tahun di kawasan asrama sekolah itu
pada pukul 12.30 tengah malam, 27 Oktober 2020.

Sementara 10 lagi pelajar tingkatan empat didakwa mencederakan mangsa sama di lokasi sama pada pukul 2 pagi hari yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI