fbpx

Semua kucing Adibah Noor dijaga PA, ahli keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 40 ekor kucing peliharaan Allahyarham Adibah Noor kini dijaga dengan baik oleh pembantu peribadinya (PA) yang dikenali sebagai Todd serta ahli keluarga penyanyi itu sendiri.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu ciapan yang ditulis dalam Twitter milik Adibah Noor oleh Todd dengan memaklumkan bahawa kebajikan kesemua kucing milik arwah akan dijaga dengan baik olehnya bersama ahli keluarga yang lain.

“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik di bawah jagaan PA Adibah Noor dan keluarga arwah,” tulisnya.

Dalam ciapan itu juga, Todd turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan berita palsu mengenaik kebajikan kucing-kucing tersebut.

Perkara sama turut dimaklumkan oleh pemilik rumah Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan (AMANAH) yang sebelum ini menyatakan kesudian untuk memelihara kucing-kucing milik Adibah Noor.

“Pencerahan. Untuk kes AMANAH bersetuju memberi izin kucing-kucing untuk berteduh kerana faktor kematian tuan kucing berakhir di sini. Alhamdulillah, kucing-kucing itu (milik arwah Adibah Noor) selamat dijaga oleh PA dan keluarga arwah. Harap maklum,” ujar pemilik AMANAH dalam Facebook.

Pemberitahuan tersebut sekali gus memberi kelegaan kepada netizen terutama buat pecinta haiwan yang bimbang dan prihatin memikirkan nasib 40 ekor kucing milik arwah selepas penyanyi itu meninggal dunia pada 18 Jun lalu.

“Alhamdulillah. Rasanya kalau mereka (keluarga) yang jaga, akan terubat juga rindu pada arwah. Semoga semua urusan dipermudahkan,” ujar seorang pengguna Facebook.

“Alhamdulillah. Siapa pun yang menjaga, harap kucing-kucing itu mendapat pembelaan,” kata seorang lagi netizen.

Sebagai info, Allahyarhamah Adibah Noor, 52, merupakan seorang pencinta kucing dan untuk rekod, dia memiliki lebih 40 ekor kucing peliharaan pelbagai baka, termasuk kucing jalanan yang dibela di rumahnya.

Selebriti serba boleh itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada 18 Jun lalu akibat kanser ovari tahap empat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI