fbpx

Sedia mohon tambah atase halal di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tengah) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada penerima pada Majlis APC 2021 Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia memohon pertambahan atase halal di luar negara bagi pemantauan rumah penyembelihan secara lebih berkesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu memang dalam pertimbangan jangka panjang dan akan diperinci dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, kita memang sudah ada perancangan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Agensi Islam di sini hari ini.

Seramai 148 petugas daripada empat jabatan berbeza tampil menerima sijil masing-masing yang turut disaksikan sendiri oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia menyarankan agensi itu menambah bilangan atase halal.

Ketika ini hanya terdapat seorang pegawai berkenaan ditempatkan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra bagi pemantauan urusan penyembelihan lembu di seluruh Australia.

Jumlah itu dianggap amat sedikit dan ia kemungkinan boleh mudah terdedah kepada aspek pelanggaran integriti yang menjejaskan kesahihan status halal produk dari negara tersebut.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pertambahan atase halal di negara tertentu masih tertakluk kepada isu peruntukan dan keperluan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI