fbpx

Saya bukan penjenayah – Sharnaaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ (kiri) dibebaskan dengan jaminan polis di IPD Sentul, Kuala Lumpur semalam selepas direman selama tiga hari. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Pelakon po­pular, Sharnaaz Ahmad yang sebelum ini dikaitkan dengan satu kes pukul di sebuah kondomi­nium akhirnya membuka mulut dan meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Sambil menyifatkan semua tohmahan yang dilontarkan sebagai tidak berasas, pelakon berusia 37 tahun itu turut me­minta pihak di luar sana agar le­bih berhati-hati dan tidak melabel dirinya sebagai penjenayah.

Tegas Sharnaaz, apa yang berlaku ke atas dirinya (ditahan reman) adalah semata-mata untuk membantu siasatan polis berhubung laporan ke atasnya me­ngenai penglibatan dalam satu kes pukul di sebuah kondiminium.

“Saya harap jangan buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjenayah. Bukan, ini bukan soal jenayah, bukan. Ini adalah bantuan polis.

“Ini adalah bantuan siasatan polis. Saya di sini (balai polis) untuk membantu siasatan,” tegas Sharnaaz sebaik dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (IPD) di sini semalam.

Terdahulu, pelakon I Promise Janji Anaqi itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, pada Khamis.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, bekas abang ipar kepada usahawan terkenal, Neelofa itu berkata, segala laporan media berhubung kejadian berkenaan hanya bersandarkan kepada dakwaan se­belah pihak.

“Jangan hakimi terlalu awal. Jangan judge dari sebelah sana sahaja. Tak tahu lagi bila pendakwaan, tetapi saya sudah beri kerjasama dan keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis,” katanya.

Berita berkaitan: Pelakon lelaki bebas dengan jaminan polis

Berita berkaitan: Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan 

Dalam pada itu, Sharnaaz menyifatkan layanan dan kerjasama yang diterima daripada pihak pihak polis terhadapnya sangat baik sepanjang tiga hari dia berada di dalam lokap.

“Tiga hari itu lebih kepada siasatan. Tidak ada yang teruk, ba­nyak pengajaran dan saya okey sebab saya yakin saya tak bersalah. Saya akan buktikan ada kebaikan yang ada saya buat, yang tidak diceritakan tetapi akan diceritakan di mahkamah nanti,” jelas Sharnaaz.

Bapa kepada Jebat Jayden itu turut menyangkal tuduhan bahawa kes tumbuk yang berlaku ada kaitan dengan sikap panas baran yang begitu sinonim dengan dirinya selama ini.

“Saya tidak bodoh untuk me­lakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan Sharnaaz panas baran, tunggu cerita sebenarnya.

“Panas baran adalah satu benda yang sangat sinonim dengan saya. Tetapi apa yang saya boleh katakan, tiada sebarang unsur panas baran yang berlaku di sini,” katanya.

Jelas Sharnaaz lagi, dia hanya bertindak dalam situasi yang dirasakan perlu dilakukan dan meminta agar pihak luar tidak terlalu awal menghukum tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya,” katanya yang berjanji akan membuat satu sidang media bagi membersihkan nama, reputasi dan maruah keluarganya dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI