fbpx

Saiyami Kher bangkit selepas kejatuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIYAMI KHER

MELALUI fasa kejatuhan dalam kerjaya menjadikan pelakon Saiyami Kher lebih kuat dan bersemangat untuk bangkit mengejar cita-citanya sebagai aktres berpengaruh.

Ujar Saiyami, selepas membintangi filem Mirzya pada 2016, karier lakonannya jatuh merudum sehingga dirinya merasakan berada pada titik paling rendah dalam hidupnya.

“Kejatuhan telah mengajar saya dalam banyak hal, saya menjadi lebih kuat dan bersemangat.

“Bagaimanapun, saya percaya pengalaman itu menjadi sebahagian perkara yang sangat penting untuk saya lebih mengenali kehidupan,” ujarnya.

Jelas pelakon berusia 30 tahun itu lagi, dia mahu memainkan pelbagai karakter dan cuba membawakan kelainan dalam versi tersendiri dalam lakonan supaya dapat membuktikan kemampuannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI