fbpx

Lelaki saman sahabat karib RM790,000 kerana bercinta dengan isterinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akibat sering bertemu, Shi dan isteri Li menjadi semakin rapat dan melakukan hubungan terlarang tanpa pengetahuan Li. - Google

TAIPEI – Seorang lelaki di Taiwan menyaman sahabat karibnya sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana menjalinkan  hubungan sulit dengan isterinya, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Lelaki  hanya dikenali sebagai Li itu pada awalnya bersahabat baik dengan rakan sekerjanya, Shi. Mereka merupakan anggota polis di Bandar Baharu Taipei.

Disebabkan hubungan yang akrab, Shi kerap pergi ke rumah Li selepas lelaki itu berkahwin dengan isterinya pada 2018.

Akibat sering bertemu, Shi dan isteri Li menjadi semakin rapat dan melakukan hubungan terlarang tanpa pengetahuan Li. Hubungan mereka akhirnya didedahkan oleh isteri Li sendiri kerana enggan terus berahsia.

Selepas mengetahui perkara itu, Li berasa amat marah kerana dikhianiati oleh rakan baiknya.

Selain mahu bercerai dengan isterinya, dia turut mengemukakan tuntutan saman ke atas Shi sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana mengganggu rumah tangganya.

Ketika perbicaraan, Shi mengakui perbuatannya dan meminta maaf selain memohon mahkamah meringankan jumlah saman kerana mengakui sedang menjaga ibu bapanya yang telah uzur.

Pihak mahkamah akhirnya membuat keputusan agar Shi membayar pampasan sebanyak 600,000 yuan (RM393,961) kepada Li atas hujah bahawa dia telah bertindak melampaui batas dengan memusnahkan perkahwinan rakan baiknya itu sehingga menyebabkan kerugian kepada banyak pihak. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI