fbpx

Bunuh diri: KKM masih tunggu jawapan AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) masih lagi menunggu maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung cadangan pindaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi kesalahan cubaan bunuh diri.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin  Abu Bakar, berkata Jemaah Menteri juga bersetuju agar keputusan sama ada akan dekriminalisasi di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan atau sebaliknya, selepas menerima pandangan daripada AGC.

“Kita masih lagi menunggu maklum balas daripada AGC berkenaan dengan isu tersebut. Saya telah bangkitkan kepada Jemaah Menteri untuk kita ada moratorium (bagi pendakwaan dan sabitan bagi kes di bawah Seksyen 309 KK).

“Namun, pandangan Jemaah Menteri mahu perkara ini dimuktamadkan di peringkat AGC, tak perlu ada moratorium. Kita dapatkan pandangan dahulu sama ada pembunuhan diri itu dapat ‘decriminalized’ atau sebaliknya,” katanya ketika sidang akhbar khas hari ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin bersama KKM akan menghantar memorandum berkenaan moratorium (penangguhan) terhadap pendakwaan dan sabitan kesalahan cubaan bunuh diri.

Memorandum tersebut bertujuan memohon Kabinet meluluskan moratorium segera agar tiada sebarang dakwaan dilakukan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi kes cubaan bunuh diri sehingga pindaan atau pemansuhan seksyen berkenaan dilaksanakan di peringkat Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI