PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak menunjukkan isyarat lucah menggunakan jarinya ketika berada di sebuah pasar malam telah menjadi perbualan hangat orang ramai.
Ratanya-ratanya kurang senang dengan tindakan kanak-kanak berkenaan dan mereka berharap ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawasi tingkah laku anak-anak.
Menerusi perkongsian video di muat naik seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Ayang meluahkan rasa geram apabila tindakan kanak-kanak tersebut disifatkan biadab.
“Anak aku atau anak buah aku macam ini, memang terus kena ‘tempeleng’, orang tua yang gelak-gelak ingat benda ini comel ke apa,” ciapnya.
Video berdurasi 12 ssat itu memaparkan reaksi orang sekeliling yang hanya ketawa melihat gelagat kanak-kanak tersebut memberi isyarat lucah kepada salah seorang peniaga di pasar malam berkenaan.
Sehubungan itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian tersebut.
“Memang kurang bijak kalau ahli keluarga rasa suka, kalau tak dia lihat di rumah, mungkin dia ikut seseorang yang selalu dia nampak buat macam itu, mustahil kalau terpengaruh di televisyen,” ciap @InalienableDreamless.
“Ini orang kata melentur buluh biar dari rebungnya, tapi kalau ibu bapa sendiri tak awasi tingkah laku anak-anak, cara anak-anak, memang sama-sama teruk la, perkara sebegini pun dianggap bahan lawak, ini biadab,” tegas seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE