fbpx

Johor Jewels intai gelaran juara NSL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHOR JEWELS terus mempamerkan penguasaan apabila meraih kemenangan ketujuh untuk menamatkan saingan liga sepusingan sebagai juara sekali gus mara ke separuh akhir.

PILIHAN utama saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022, Johor Jewels melaungkan keyakinan untuk merangkul gelaran sulung musim ini selepas menamatkan liga sepusingan sebagai juara.

Skuad kendalian Fazira Mesnan itu memastikan tempat ke separuh akhir dengan rekod bersih apabila mencatat kemenangan ketujuh selepas menewaskan Selangor Angels 57-25 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit ­Kiara malam kelmarin.

Pemain tengah Johor, Pow Mei Foong mengakui, mereka berada pada landasan terbaik untuk mencapai sasaran juara musim ini selepas melangkah ke separuh akhir sebagai juara liga sepusingan.

“Selepas perlawanan malam ini (kelmarin), kami berada pada landasan terbaik untuk menjadi juara. Sejak awal saingan hingga minggu ketiga, semua pemain tampilkan aksi seperti dijangka.

“Memang ini yang kita mahukan sejak NSL membuka tirai­nya. Sekarang kami sudah boleh buat persiapan dan fokus bagi mendapatkan gelaran juara bagi kempen 2022,” katanya.

Dalam pada itu, pemain terbaik perlawanan, Gayani Samanthika berkata, dia dan rakan sepasukan sudah bermain se­perti diarahkan jurulatih selain mengekalkan fokus hingga tamat permainan.

Pemain import dari Sri Lanka itu juga berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana banyak membantu dari segi pertahanan sehingga membolehkan dia dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Sebenarnya, kami bermain sebagai satu pasukan. Tanpa rakan-rakan, tidak mungkin saya mampu bertahan sendirian di kubu pertahanan. Saya harap kami boleh terus bermain seperti ini pada separuh akhir dan final nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI