fbpx

Indonesia ditimpa 1,855 bencana alam sejak Januari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK meredah air ketika berpindah selepas kejadian banjir di Serang, wilayah Banten pada 1 Mac lalu. - AFP

JAKARTA – Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) merekodkan sebanyak 1,855 kejadian bencana alam di wilayah-wilayah di Indonesia sejak 1 Januari lalu sehingga kelmarin, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Antaranya termasuk banjir, tanah runtuh, gempa bumi, ha­kisan tanah, kemarau serta kebakaran hutan dan tanah gambut. 

Sepanjang tempoh tersebut, bencana alam paling banyak berlaku di Pulau Jawa.

Sejak awal Januari lalu, Pulau Jawa direkodkan mengalami 1,088 kejadian bencana alam atau sekitar 58.65 peratus daripada jumlah keseluruhan bencana yang melanda Indonesia.

Di Pulau Jawa pula, bencana alam paling banyak berlaku di wilayah Jawa Barat dengan 469 kejadian diikuti Jawa Tengah (310 kejadian) dan Jawa Timur (238 kejadian). 

Menurut BNPB, wilayah-wilayah di Indonesia sepanjang tempoh tersebut ditimpa seba­nyak 718 bencana banjir, 671 cuaca ekstrem, 353 tanah runtuh, 89 kebakaran hutan dan tanah, 12 gempa bumi, 11 gelombang pasang surut dan hakisan tanah serta satu kemarau.

Bencana alam yang berlaku dalam tempoh tersebut menyebabkan seramai 93 orang me­ninggal dunia, 14 orang hilang, 668 orang cedera serta 2.37 juta penduduk terjejas dipindahkan.

Menurut laman berita Antara News, kejadian bencana alam mengakibatkan kerosakan terhadap 24,816 rumah, 645 kemudahan awam, 81 pejabat dan 90 jambatan. 

Menurut analisis BNPB, sebagai negara beriklim tropika dengan bentuk muka bumi yang terletak di empat plat tektonik dan gunung berapi, Indonesia terdedah kepada bencana alam sehingga perlu meningkatkan keupayaan untuk mengurangkan risiko bencana. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI