fbpx

Ikan pari terbesar ditangkap di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan pari tersebut mempunyai lebar berukuran 2.1 m dan sepanjang 3.9 m. - Chhut Chheana

PHNOM PENH, KEMBOJA – Seorang lelaki di Kemboja berjaya menaikkan seekor ikan pari seberat 299 kilogram (kg)  sekali gus mengatasi rekod terdahulu bagi ikan air tawar terbesar  pernah ditangkap, lapor akhbar Daily Star semalam.

Haiwan itu ditangkap pada 13 Jun lalu di Sungai Mekong sebelum lelaki tersebut menghubungi pasukan penyelidik Wonders of the Mekong untuk memeriksa  hasil tangkapan itu.

“Selama 20 tahun kami mengkaji ikan-ikan gergasi di sungai dan tasik merentasi enam benua, ini merupakan ikan air tawar terbesar yang pernah ditemui atau yang didokumentasikan di seluruh dunia.

“Ia memberikan  isyarat positif. Ikan  pari ini ditangkap di Sungai Mekong yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran,” kata seorang ahli biologi yang mengetuai Wonders of the Mekong, Dr. Zeb Hogan.

Menurut Hogan, usaha mencari dan mendokumentasikan ikan adalah tugas penting.

“Ikan pari ini menjadi bukti bahawa alam semula jadi masih boleh menawarkan penemuan baharu dan luar biasa. Ia juga menunjukkan bahawa kebanyakan makhluk akuatik besar masih belum dikaji,” kata Hogan.

Ikan pari tersebut mempunyai lebar berukuran 2.1 meter (m) dan panjang 3.9 m. Selepas dikaji, haiwan itu ditandakan sebelum dilepaskan semula ke dalam air.

Pada 2005, seekor ikan keli ditangkap seorang lelaki di Thailand dengan berat kurang 6.8 kg berbanding ikan pari gergasi tersebut.

Ikan pari gergasi ikan air tawar merupakan spesies terancam kerana kerap ditangkap selama berpuluh-puluh tahun oleh manusia untuk tujuan makanan atau diletakkan di dalam akuarium. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI