fbpx

Empat remaja lari dari rumah asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Hanya dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan tindakan penyelia asrama yang melarang menggunakan telefon, empat penghuni rumah kebajikan di Kempadang, di sini, bertindak lari dari asrama terbabit, petang semalam.

Empat remaja berusia 13 hingga 15 tahun itu dikatakan lari melalui pintu belakang asrama berkenaan dan tindakan mereka dilihat oleh penghuni lain sebelum melaporkannya kepada penyelia asrama.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian disedari penyelia terbabit kira-kira pukul 5.07 petang selepas dimaklumkan penghuni lain dan tindakan mencari mereka di sekitar kawasan terbabit gagal sebelum laporan polis dibuat.

“Keempat remaja terbabit datang dari kampung yang sama iaitu Kampung Cederawasih Pekan dan tiga daripada mereka adalah adik beradik serta mendiami rumah kebajikan berkenaan masing-masing setahun dan dua tahun.

“Pihak keluarga telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan dan usaha mengesan sedang dijalankan. Punca mereka melarikan diri disyaki kerana tidak berpuas hati dengan pengadu yang melarang menggunakan telefon,” katanya di sini hari ini.

Katanya, rakaman percakapan penyelia telah dibuat dan usaha mengesan remaja berkenaan masih diteruskan serta kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI