fbpx

Chandra Muzaffar bersyukur anak bebas tuduhan membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Chandra Muzaffar

PETALING JAYA – Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), Dr. Chandra Muzaffar menzahirkan kesyukuran terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan anaknya Samirah, 47, daripada tuduhan membunuh suaminya.

Beliau yang juga penganalisis politik berkata, keluarganya berharap dapat melupakan terus episod sukar selama empat tahun tersebut dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.

“Syukur alhamdulillah. Memang dari awal lagi kita tahu bahawa anak saya tidak terlibat dalam perbuatan yang keji itu. Kita hanya memerlukan pengesahan oleh mahkamah dan itu yang berlaku pagi tadi.

“Hari ini selepas empat tahun kami terpaksa menanggung, Mahkamah Tinggi telah pun membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan isteri Nazrin Hassan, Samirah dan dua remaja dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas pertuduhan membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd. itu empat tahun lalu.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie diakhir kes pendakwaan terhadap ketiga-ketiga tertuduh.

Dalam penghakimannya, Ab. Karim tiada bukti yang menunjukkan kebersamaan ketiga-tiga tetuduh bersama si mati seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Dalam pada itu, Chandra berkata, beliau berharap anak perempuannya itu kembali menikmati kebebasan hidup sebagai orang yang tidak bersalah dan dapat kembali bekerja untuk menyara kehidupannya.

“Saya dan seluruh ahli keluarga berasa gembira untuk mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI