fbpx

Anak lelaki Elon Musk mahu jadi mak nyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk bersama isteri keduanya, Talulah Riley, dan anak kembarnya, Xavier dan Griffin ketika mereka masih kanak-kanak. – Alan Davidson

SANTA MONICA, CALIFORNIA – Anak lelaki kepada manusia paling kaya di dunia, Elon Musk memfailkan tuntutan mahkamah bagi mengubah status jantinanya daripada lelaki kepada wanita serta menukar nama keluarganya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Xavier Musk, 18, memfailkan tuntutan tersebut di mahkamah Santa Monica, California pada 18 April lalu. 

Dia mahu dikenali sebagai Vivian Jenna Wilson iaitu menggunakan nama keluarga sebelah ibunya bagi menggantikan nama keluarga Musk.

“Saya tidak lagi menetap bersama atau mahu dikaitkan dengan bapa kandung saya dalam apa juga cara, bentuk ataupun  keadaan,” katanya.

Lelaki trangender itu turut menjelaskan bahawa dia menggunakan nama keluarga ibunya bagi menjauhkan diri daripada Musk.

Xavier bagaimanapun tidak memberi sebarang komen mengenai sekiranya dia ada menerima bantuan kewangan daripada bapanya yang mempunyai nilai kekayaan mencecah AS$213 bilion (RM936.8 bilion). 

Musk pernah berkahwin dengan ibu Xavier, Justine Wilson  yang merupakan seorang penulis dari Kanada dari tahun 2000 hingga 2008.

Wanita itu melahirkan seorang anak, Nevada pada 2002 sebelum bayi berkenaan meninggal dunia. Dia kemudian melahirkan anak kembar lelaki, Xavier dan Griffin serta kembar tiga, Damian, Kai dan Saxon yang kini berusia 16 tahun.

Perbicaraan mahkamah bagi kes tersebut dijadual berlangsung Jumaat ini.

Musk telah menerima kecaman sejak beberapa bulan lalu  disebabkan beberapa komennya  yang didakwa berbaur transfobia atau bersikap negatif terhadap golongan transgender. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI