fbpx

4 juta rakyat Bangladesh terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai meredah banjir di jalan yang dinaiki air semasa hujan monsoon di Sylhet baru-baru ini. - AFP

DHAKA – Seramai empat juta orang dilaporkan terjejas akibat banjir di timur laut Bangladesh, lapor stesen penyiaran CNN semalam. 

Menteri Pengurusan Bencana Bangladesh, Dr. Enamur Rahman memaklumkan bahawa situasi di kawasan-kawasan yang terjejas dijangka menjadi lebih buruk ekoran ramalan hujan lebat dalam tempoh 24 jam akan datang.

Enamur memberitahu CNN bahawa sekurang-kurangnya dua orang meninggal dunia akibat banjir tersebut.

Agensi berita lain bagaimanapun melaporkan angka kematian yang lebih tinggi dengan Reuters menyatakan, terdapat 25 kematian pada hujung minggu lalu, demikian menurut beberapa pegawai tempatan.

Masalah telekomunikasi telah menyukarkan kerajaan untuk membuat penilaian menyeluruh berhubung kerosakan yang berlaku terutamanya di daerah Sylhet dan Sunamganj yang terjejas teruk, kata Enamur.

Beliau berkata, 90 peratus kawasan di Sunamganj ditenggelami air dan hampir seluruh daerah itu terputus hubungan.

Dalam perkembangan sama, seramai enam juta orang hilang tempat tinggal akibat banjir di Bangladesh kali ini.

“Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh merancang untuk membantu usaha penempatan semula dan akan menyediakan bantuan tunai kepada keluarga yang terjejas banjir,” kata  organi­sasi itu dalam kenyataannya di laman Twitter.

Sementara itu, negeri Assam di timur India yang berjiran dengan Bangladesh juga terjejas akibat banjir.

Sekurang-kurangnya lapan orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, demikian menurut Pihak Berkuasa Pe­ngurusan Bencana Assam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Bencana banjir dan tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 62 orang di Assam sejak April lalu, kata agensi itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI