fbpx

Tya Arifin dikecam tinggalkan anak menangis demi kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYA mengakui berat hati namun terpaksa meninggalkan anak-anak sementara ketika dia keluar mencari rezeki.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan Tya Arifin menafikan dakwaan netizen bahawa dia tidak mempedulikan dua orang anaknya yang menangis di lantai halaman rumah semata-mata mengejar urusan dunia.

Isu berkenaan timbul selepas Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin berkongsi sebuah video dalam Tik Tok tiga hari lalu memaparkan kedua-dua anaknya sedang menangis.

Perkongsian tersebut membuatkan netizen mempersoalkan tindakannya yang sanggup meninggalkan dua orang anaknya demi mencari rezeki.

“Saya bukan sengaja meninggalkan dua orang anak di rumah, sebaliknya perlu keluar bagi melunaskan komitmen kerja. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak-anak menangis mahu ikut ibu bapa mereka.

“Sukar untuk saya jelaskan situasi ini, namun apa yang pasti ibu bapa yang turut berdepan dengan perkara yang sama memahaminya. Mujur juga saya tidak perlu membiarkan mereka lama-lama di rumah,” ujarnya.

Tambah Tya yang juga isteri kepada Asyraf Khalid, disebabkan jadual yang padat, dia terpaksa menolak tepi karier seni demi misi membantu lebih ramai orang meraih pendapatan menerusi perniagaan diusahakan iaitu produk jamu Mutyara.

“Sejak saya usahakan produk sendiri iaitu Mutyara, ramai yang telah saya berjaya bantu terutama golongan wanita untuk memiliki sumber pendapatan sendiri.

“Baik suri rumah, ibu tunggal, mereka yang dibuang kerja atau wanita berkerjaya lain yang inginkan pendapatan sampingan.

“Disebabkan itu, saya memang kena ketepikan seketika kerjaya lakonan kerana mahu terus mengejar misi membantu lebih ramai orang. Sasaran saya pada tahun hadapan adalah dapat membantu lebih 100,000 rakyat Malaysia pula,” katanya.

Tya bagaimanapun bersyukur kerana suaminya sering memberikan semangat dan motivasi serta menyokong segala usahanya.

“Menjadi usahawan juga sebenarnya membuatkan saya kembali jumpa tujuan hidup. Kalau dahulu, saya berlakon demi mencari wang untuk ibu bapa dan sejak berkahwin, saya tertanya apa lagi tujuan hidup perlu dikejar.

“Tujuan utama saya menjadi usahawan adalah untuk membina perniagaan jangka masa panjang. Misi utamanya adalah untuk membantu orang ramai mengecap impian bersama dan berjaya dalam perniagaan di www.berniagabersamatya.com secara percuma,” tuturnya.

Tya dan Asyraf berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Arif Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI