fbpx

Senarai hitam syarikat terlibat kegiatan curi balak di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Husam semasa meninjau lokasi matau yang menempatkan kayu balak di Kuala Betis, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kerajaan negeri Kelantan perlu mengambil tindakan tegas termasuk menyenarai hitam pihak dan syarikat yang didakwa terlibat dalam kegiatan curi kayu balak bernilai kira-kira RM5 juta dari kompartmen 25, Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri di sini.

Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung kecurian balak di HSK Nenggiri sebelum ini ternyata benar apabila pihaknya telah meninjau lokasi matau balak di Kuala Betis di sini hari ini.

Katanya, terdapat kira-kira 43 longgokan balak yang terletak di sebelah matau Daulah Najah Sdn. Bhd. kini telah disita oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

“Kita melihat jumlah balak ini besar dan banyak. Jika dicampur jumlah keseluruhan, ia boleh mencapai RM8 juta, namun kerajaan negeri ini seolah-olah tidak endah meskipun harga balak itu mahal.

“Bagaimanapun, Jabatan Perhutanan Kelantan ketika ini masih lagi dalam proses siasatan. Kerajaan negeri perlu mencari pencuri sebenar yang terlibat dalam kegiatan curi balak di sini,” katanya semasa meninjau lokasi matau balak di Kuala Betis di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Husam berkata, kerajaan negeri masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung perkara itu sehingga hari ini.

Menurutnya, jika perbuatan itu dibiarkan, kawasan hutan yang menempatkan Hutan Simpan Dara yang sepatutnya dipelihara akan terus diceroboh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI