MANILA – Anak kepada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden baharu negara itu dalam satu majlis yang berlangsung di bandar Davao, semalam, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).
Sara Duterte, 44, mengangkat sumpah bersama Ferdinand Marcos Junior yang bakal menggantikan kedudukan bapanya sebagai Presiden Filipina tidak lama lagi.
Penggal selama enam tahun yang bakal ditempuh oleh Sara akan bermula secara rasmi pada 30 Jun ini.
“Hari-hari mendatang mungkin akan dipenuhi cabaran yang menuntut kita semua agar menjadi lebih bersatu sebagai sebuah negara,” kata beliau.
Sara menggantikan bapanya sebagai Datuk Bandar Davao lebih 10 tahun lalu sebelum bertanding jawatan lain.
Kemenangan beliau dan Marcos yang juga anak bekas pemimpin diktator negara itu, Ferdinand Marcos dalam pilihan raya pada Mei lalu dilihat sebagai pencapaian bersejarah dalam usaha untuk menjalinkan satu pakatan yang kuat.
Di Filipina, presiden dan naib presidennya dipilih secara berasingan. – Agensi