fbpx

Real Madrid siap rancangan rampas Erling Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND menjadi milik City yang melengkapkan perpindahan dari Dortmund dengan memiliki klausa pelepasan bernilai €150 juta yang bakal aktif pada 2024. – AFP

MADRID – Juara Eropah, Real Madrid dilaporkan sudah mempunyai jalan untuk mendapatkan Erling Braut Haaland walaupun baru sahaja menyertai Manchester City daripada Borussia Dortmund beberapa hari lalu.

Difahamkan, Haaland, 21, te­lah meletakkan klausa perpindahan bernilai €150 juta (RM693.05 juta) sebagai salah satu syarat perpindahannya ke Stadium Etihad.

Media Amerika Syarikat, AS USA melaporkan klausa tersebut bakal aktif pada 2024 selepas City membeli Haaland dengan harga yang hanya berjumlah £51 juta (RM274.46 juta).

Situasi itu dilihat sangat sesuai buat Real yang masih mencari pengganti jangka panjang buat penyerang sensasi mereka, Karim Benzema yang akan tamat kontrak pada 2023.

Biarpun nilai klausa perpindahan terbaharu Haaland agak tinggi, tetapi jumlah tersebut bukan masalah besar buat kelab seperti Real yang dilihat tidak keberatan untuk mengeluarkan dana sebanyak itu.

Bulan ini sahaja Real sudah membelanjakan ham­pir €100 juta (RM462.03 juta) untuk mengikat kontrak Aurelien Tchouameni dari AS Monaco.

Ini bukan kali pertama Pre­siden Real, Florentino Perez berbelanja besar kerana beliau pernah membeli Eden Hazard daripada Chelsea dengan rekod perpindahan termahal kelab itu berjumlah €115 juta (RM531.34 juta).

Los Blancos juga sebelum ini hampir-hampir berjaya mendapatkan tandatangan Kylian Mbappe sebelum bintang Pe­rancis itu memilih untuk menandatangani perjanjian baharu bersama Paris Saint-Germain.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI